Ayat 60 surah al-An'am firman Allah SWT yang bermaksud: Dan Dialah yang menidurkan kamu pada waktu malam, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian ia bangunkan kamu (dari tidur) padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah ditetapkan. Kemudian kepada-Nyalah tempat kamu kembali, kemudian ia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan.

Sunday, March 25, 2012

Marinade BBQ


Resepi 0

Bahan-bahan

3kg  ayam
1 bawang besar
1 bawang putih
5 cm halia
3 sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu kecil serbuk ketumbar
2 sudu kecil garam
2 cawan gula
1 cawan madu

Kaedah
1. Ayam potong-potong kecil. (minta penjual ayam potong kecik2)
2. Kisar semua bahan-bahan di atas
3. Gaul dengan ayam
4. Perap. 4 jam minima. 24 jam just nice. 3 hari pun oke.
5. Bakar ayam. sebelum bakar celup sikit dengan minyak yang dicampur madu.
6. Makan.

**bole guna untuk daging/udang/ikan....



Resepi 1

Bahan-bahan ( 5-6 orang )


• 2.0 kg ayam
• 1 biji bawang besar (kalau bawang tu bersaiz kecil, guna 2 biji)
• 5 ulas bawang putih
• 2 cm halia
• 2 sudu besar serbuk cili (tak payah guna pun oke je...)
• 1 sudu kecil serbuk kunyit
• 2 batang serai
• 1 sudu besar serbuk jintan manis
• 1 sudu kecil serbuk jintan putih
• 1 sudu kecil serbuk ketumbar
• 1 sudu kecil garam
• 1 cawan gula


Cara-cara

1. Potong ayam mengikut kesukaan anda. Jika potongan tersebut besar-besar, kelar-kelar sedikit supaya ayam cepat masak. kemudian, bersih dan tos ayam tersebut.
2. Kisar semua bahan-bahan di atas sehingga hancur.
3. Masukkan bahan-bahan kisar tersebut ke dalam bekas dan campurkan dengan ayam.
4. Perap ayam tersebut 1 malam atau 2-3 malam di dalam peti ais.(lagi lama perap lagi sedap!)
5. Bakar ayam di atas bara api atau dapur gas sehingga masak. Selamat Mencuba!
6. Hidangan : cukup untuk 8 ketul "lamb shoulder" ataupun 12 ketul dada ayam


Resepi 2


Bahan-bahan

1 labu bawang besar
10 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 batang serai
1 botol sos BBQ (saya guna jenama Knorr, perisa Traditional BBQ sebab setakat ni, cuma jenama ini saja yang saya jumpa logo halal. ada jual di pasaraya besar)
3 sudu besar gula perang (boleh diganti dengan satu ketul gula kabung)
3 sudu besar madu
1 sudu besar serbuk cili (boleh tambah kalau suka lebih pedas)
3 sudu besar mentega/margerin/minyak sapi
1/2 cawan kicap pekat manis (saya guna jenama ABC, boleh didapati diMakro)
2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada sulah
3 sudu teh garam atau secukup rasa


Cara-cara

1. Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas & serai (tak halus sangat pun tak apa).
2. Gaul rata bahan kisar dengan semua bahan lain. 
3. Tuangkan ke atas "lamb shoulder" atau ayam dan perap selama 3 jam pada suhu bilik.

Tips tambahan
1. Perapan ni boleh juga guna untuk perap daging, sosej dan sebagainya.
2. Untuk ayam & daging, sebaiknya kelar-kelar sedikit isinya sebelum diperap supaya bahan perapan lebih meresap.
3. Untuk mempercepatkan ayam masak sewaktu dipanggang dan memastikan ayam tak jadi kering, sebaiknya kukus ayam yang dah diperap sehingga separuh masak dulu. Kemudian baru panggang.
4. Baki perapan boleh disimpan dalam peti sejuk bahagian dingin-beku untuk digunakan lagi pada masa-masa akan datang.
5. BBQ lebih sedap kalau diperap lama. Sebab tu, saya selalunya mula perap dalam 4 hari sebelum hari BBQ . Mula-mula perap selama 3 jam pada suhu bilik, kemudian saya masukkan dalam peti sejuk bahagian dingin-beku. Pada hari saya nak BBQ nanti, baru saya keluarkan dan biarkan ais mencair pada suhu bilik (jangan direndam atau dipanaskan).






*resepi sendiri dan resepi diambil drpd internet...