Ayat 60 surah al-An'am firman Allah SWT yang bermaksud: Dan Dialah yang menidurkan kamu pada waktu malam, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian ia bangunkan kamu (dari tidur) padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah ditetapkan. Kemudian kepada-Nyalah tempat kamu kembali, kemudian ia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan.

Monday, August 6, 2012

Bread Puding/ Puding Roti

Bread Puding

Bahan-bahan

5-7 keping roti
3 sudu butter
650ml susu segar/ susu cair
3 biji telur
30 gram gula (2 sudu besar)
30 gram kismis (2 sudu besar)
1sudu esen vanilla

Cara-cara

1. sediakan acuan. sapu la butter, tak bagi melekat
    sapukan butter pada roti. sebelah je. potong roti pada 4 bahagian.
    masukkan roti yang dipotong dalam acuan. setiap layer tabur la kismis.
   asingkan sementara.

2. guna bekas lain beb.
    masukkan telur + gula. pukul la samapai larut
    masukkan susu
    masukkan vanilla esen

3. Tuangkan larutan susu (2) ke dalam acuan (1). tuang slow2.
    Penyek2 sikit roti. jgn bagi timbul. (tp aku suka timbul. baru top dia rangup)
    Biarkan 5-7 minit. biar roti kembang.
   
4. Panaskan oven. 170oC.
    Masukkan (3) dalam oven. 30-35 minit
    Pastikan jangan asyik bukak tutup oven nnti roti kecut beb.......


5. Siap. Makan. makan la dengan sos vanilla/sos cokelat.
       Beli je... kebetulan kat rumah ada cokelat. so aku buat la sendiri...





sapu la butter



susun la. ikut cita rasa.


aku guna susu ni...... dutch lady. guna air soya pon oke


Rendam la beb. aku suka timbul. aku nyer selera beza ngan org beb...


ni dah masak dah. rangup amat kat atas beb...


aku letak cokelat.
sedap makan weyh...
aku suka letak dalam peti ais
atas cokelat. lps tu rangup. lps tu lembut. sejuk plak tu......

   
  

Puding Caramel



Puding caramel

 
Bahan-bahan
Gula (10 sudu besar)
250 ml Susu uht

Cara-cara

1. Caramel
Masukkan 5 sudu gula + 2 sudu air (5:2) (tp aku suka guna 4:2)
Panaskan guna api perlahan sehungga gula jadi warna perang
Masukkan dalam acuan (kena cepat, nnti keras plak)
Asingkan sebentar 

2. Puding
Gunakan bekas lain yer
Masukkan 3 biji telur + 2 biji telur kuning sahaja
Masukkan 5 sudu gula
Pukul slow2
Panaskan susu sambil kacau (ada guna air soya) jangan sampai mendidih
Masukkan bahan2 tadi dan kacau
Lepas tu tuangkan kedalam acuan yang ada caramel tadi...

Lps tu sila kukus selama sejam pada 160 celcius
Lps kukus sejukkan dan masukkan dalam peti ais
Lps tu telangkupkan
Lepas tu potong
Lepas tu makan la



Panaskan gula sampai jadi perang (gula hangus)

Gula hangus dimasukkan dalam acuan


3 biji telur + 2 kuning sahaja. kacau perlahan



Lepas panaskan telur+gula+susu



Kukus (aku tak cukup peralatan kukus, ala2 kukus la ni..)



Ni lepas 'kukus' macam hangus sebab aku kukus ala ala bakar... hahaha



Siap sudah