SAYA PETIK:


Kini Maine Coon dikenali dengan saiznya yang besar, perwatakan santai dan penampilan yang tampak kasar. Juga dikenali sebagai gentle giant
dalam keluarga kucing, adalah tidak asing untuk bertemu dengan kucing
Maine Coon yang bersaiz besar berbanding kucing biasa. Kucing ini dapat
menyesuaikan diri dengan baik dalam cuaca yang sejuk.
Maine Coon mempunyai susuk yang bersegi empat dan panjang, tulangnya besar dan penampilan keseluruhannya tegap kelihatan seperti pemburu yang hebat. Maine Coon juga mempunyai mata oval yang besar, telinga dan kaki berjumbai serta ekor panjang beralun.

Maine Coon sangat dikenali dengan sikapnya yang penyayang, kecenderungan untuk berkawan dan kebijaksaannya. Mereka dapat belajar bermain fetch dan dapat menyesuaikan diri berjalan dengan tali kekang tanpa memberi kesusahan pada pemiliknya. Breed yang menyerikan ini menjadi popular kepada mereka yang mahukan teman dalam hidup mereka. Pemilik Maine Coon menghargai keupayaannya menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan menjadikan mereka sangat versatil.
Maine Coon boleh dijumpai dalam beberapa warna dan corak termasuk solid, tabby, bicolor, tortoiseshells, tabby-tortoise, smoke dan shaded. Yang paling umum dan dikenali adalah warna brown-classic-tabby. Matanya besar berbentuk oval dan warnanya berbeza samada hijau, keemasan atau biru. Maine Coon agak lambat untuk matang dan memerlukan antara 3-4 tahun untuk mencapai saiz penuh sebenar.